Saturday, 14 December 2013


JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

22 Kekosongan Jawatan:   Badan Berkanun / GLC

Jawatan Kosong 2013 di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam atau dikenali sebagai PPSPPA adalah seperti berikut :

1.Jurutera J41 
2.Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 
3.Akauntan W41 
4.Juruaudit W41 
5.Pegawai Undang-Undang L41 
6.Pegawai Tadbir N41 
7.Pegawai Teknologi Maklumat F41 
8.Pegawai Penguatkuasa N41 
9.Juruukur Bahan J41 
10.Pegawai Kesihatan Persekitaran U41/42 
11.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 
12.Setiausaha Pejabat N27 
13.Penolong Pegawai Tadbir N27 
14.Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 
15.Penolong Akauntan W27 
16.Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C27 
17.Penolong Juruaudit W27/W32 
18.Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 
19.Pegawai Khidmat Pelanggan N17 
20.Pembantu Penguatkuasa N17 
21.Pembantu Juruaudit W17 
22.Pembantu Tadbir (Kewangan) W17


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Disember 2013

 

 

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

3 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan / Government

Jawatan Kosong 2013 di Universiti Malaysia Kelantan atau dikenali sebagai UMK adalah seperti berikut :

1. Pegawai Tadbir N41
2. Pembantu Penyediaan Makanan N17
3. Pembantu Perpustakaan S17 


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 16 Disember 2013

 

 

 


JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

13 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan / Government

Kerja Kosong 2014 di Jabatan Agama Islam Selangor atau juga dikenali sebagai JAIS adalah seperti berikut :

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
2. Pegawai Hal Ehwal Islam (PPMD) Gred S27
3. Pegawai Hal Ehwal Islam (Guru Besar) Gred S7
4. Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal/Siak) Gred S17
5. Pembantu Hal Ehwal Islam (Guru) Gred S17
6. Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17
7. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
8. Penyelia Asrama Gred N17
9. Juruteknik Komputer Gred FT17
10. Pembantu Makmal Gred C17
11. Pembantu Am Pejabat Gred N1
12. Pemandu Gred R3
13. Pengasuh 


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 16 Disember 2013


JAWATAN KOSONG DI KISTECH

4 Kekosongan Jawatan:   Swasta / Private

1. Junior Programmer
2. IT Network & Engineer
3. Corporate & Consumer IT Executive
4. Creative & Multimedia Executive


Kelayakan:
1. Berpengalaman sekurangnya 1 tahun atau lebih dalam bidang yang dinyatakan
2. Mempunyai 'Confident Level' yang Tinggi dan cepat belajar skop kerja baru
3. Mempunyai Minda usahawan dan Kreatif
4. Independent dalam kerjaya

Tarikh TUTUP Permohonan: 22 DISEMBER 2013

PANGGILAN TEMUDUGA: 24 DISEMBER 2013

PANGGILAN KERJA: 31 DISEMBER 2013


Calon perlu mengisi profile di sini: http://ecareer.kistech.com.my/
   

Wednesday, 20 November 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki

 
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )



Remaja Contoh

Saat anak-anak remaja sibuk dengan Cerita Pelajaran, Kerjaya dan Cinta

 Nun jauh di Turki..anak muda ini berjihad menyumbang bakti untuk agama

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Ahmad Ammar Dalam Kenangan ..AlFatihah untuk Almarhum Ammar..Ya Allah tempatkan beliau bersama2 Rasulullah SAW dan sehabat-sahabat Baginda.


Tuesday, 12 November 2013


SCIENCE IS MY FIELD AND COUNSELING IS MY PASSION...PLEASE GUIDE ME IN MY WAY


Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )

Siapakah gerangan lelaki ini?? 

Dr Syed Sofian ialah one of our counseling lecturer.Pengalaman beliau cukup banyak dalam membantu student dalam pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri.Teringat lagi,pertama kali attend class beliau.Empat perkara yang perlu kita tahu atau ambil peduli sebelum memilih sesuatu bidang  untuk sambung study kita..

nak kena noted besar-besar empat perkara nie..agar nantinya kita tak menyesal..Bila dah pilih bidang 2 nantinya untuk sambung study..dah tak boleh reverse lagi..3 or 4 tahun  akan dihabiskan untuk belajar dalam bidang 2,tapi  bila lepas grade rasa taknak pulak kerja bidang 2,taksesuai,takbest dsbnya..apa 4 perkara 2:


Pastikan pemilihan bidang untuk sambung study nanti menepati

  • Minat
  • Personaliti
  • Kelayakan Akademik
  • Kebolehan/Kemampuan diri
Untuk yang ada masalah untuk pemilihan kerjaya bolehlah refer dekat beliau..
Bawah nie ada sedikit information pasal beliau..

Name Dr. Syed Sofian bin Syed Salim
Position Pengetua (Kolej Aminuddin Baki)
Faculty/Centre Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia - Jabatan Psikologi dan Kaunseling

Qualification
  1. Doktor Falsafah (Ph.D) - Bimbingan dan Kaunseling (Psikologi Kaunseling) Universiti  Kebangsaan Malaysia(2010)
  2. Ijazah Sarjana Sastera (Psikologi) - Psikologi (Psikologi Kaunseling) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)(2000) 
  3. Diploma Pendidikan (Sejarah & Moral) - Pendidikan (Sejarah dan Moral) UKM(1992)
  4. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Psikologi) - Psikologi (Kaunseling) UKM(1991)
Field Of Specialization
Bimbingan & Kaunseling
Research Interest
Emotional Intelligence Stress/Burnout Career Intervention in Counselling Family Counselling



 







 
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )

First sekali, nak wish Gud Luck & all the best buat adik-adik yang sedang berjuang menghadapi SPM 2013.

Dulu time belajar selalu tanya soalan nie...

Kenapa ada pelajar yang mendapat keputusan SPM yang baik tetapi gagal mendapat tempat di IPTA???Why..Why

 So..nielah sedikit sebanyak sebabnya..


Ada beberapa kes yang telah dirujuk  tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang  mendapat  keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, saya telah membuat analisa terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.

 

Keputusan SPM yang diperolehi 2 calon (contoh kes sebenar)


Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
- Digunakan sebagai benchmark
- Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain

Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan

 

Pengiraan merit

 

Sebagai Perbandingan dan Panduan

  • Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
  • Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
  • Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah
  • Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
  • Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat
Pelajar sebenarnya boleh membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan SPM

 

Andaian Salah oleh pelajar

Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut
  • Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
  • Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
  • Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA

 

Rumusan dan panduan

  1. Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
    1. Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
    2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain 
  2. Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
  3. Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.

 

Sumber Rujukan dan Panduan

Brosur Dasar Pengambilan Pelajar Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar.Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )

Salam Muharram. Kali ni nak kongsikan niat puasa sunat Asyura pula & Kelebihan puasa sunat asyura . Ok, ada yang tanya jika 10 Muharram ni jatuh pada hari sabtu, boleh tak puasa sabtu sahaja, atau puasa hanya pada 10 MUHARRAM sahaja , boleh tak ?Jawapannya disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu menyamai puasa orang yahudi , mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Mereka berpuasa pada hari itu, satu hari sahaja. Sebenarnya jika jatuh pada hari lain pun begitu juga sunatnya. Sehari sebelum atau sehari selepas 

<<Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram>>
 


 Niat Puasa
.
a.  Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a)  ialah

 
 
.
b.  Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah




Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sangat digalakkan juga)
 1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 : Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin: Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah: Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat: Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim: Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah: Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri: Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat: Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak: Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali: Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat: Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’: Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa: Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ : Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 


Antara amalan yang digalakkan pada hari `asyura (10 muharram) ialah:
 
i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim)Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
 
ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain.Mengenai pahala yang akan diberikan di atas kebajikan yang telah dilakukan itu terpulang kepada Allah.SWT.
Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1.    صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharram, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ;  Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puasa Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu). 

5. Doa pada Hari Asyura :

يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ، وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ، أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ  - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ) Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura

Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut :

1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442
2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II / 63 - 73
3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam -Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy Hlmn. 70 - 75


 



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T ..Berakhir sudah program kami (Pelajar Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling,Kursus KKC 6013,Semester 1 2013/2014).Sekalung terima Kasih untuk Lecturer merangkap Penasihat Program Dr.Syed Sofian Al-Shatri untuk bimbingan dan nasihat serta sokongan sepanjang program kami.Untuk semua sahabat-sahabat seperjuangan.Kita ibarat seperti sebuah keluarga.Kekurangan dilengkapi dan kelebihan di hargai.Terima kasih..



Pelajar Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Semester 1/2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris
bersama dengan YB DR MOHD AMIN ZAKARIA