Membuat Perancangan Awal
Perancangan awal dalam satu-satu perkara amat
penting. Ibarat merancang satu perjalanan jauh yang perlukan perancangan awal
seperti tarikh untuk bertolak, persinggahan-persinggahan, keadaan lalu-lintas
dan juga kenderaan atau pengangkutan yang digunakan...
Hingga ada
yang mengatakan bahawa…..
Sekiranya anda gagal untuk merancang, anda sebenarnya merancang untuk
gagal
If you
failed to plan, you are actually planning to fail
Begitu juga dengan kehidupan kita yang memerlukan
perancangan awal yang teliti untuk sampai ke destinasi cita-cita kita lebih
meyakinkan jika disebut sebagai cita-cita kerjaya pelajar.
Cita-cita kerjaya adalah kemuncak hasil daripada
proses pembelajaran dari sekolah rendah, sekolah menengah, pra-universiti,
diploma dan/atau ijazah sarjana muda dan menghasilkan perolehan kerjaya yang
diinginkan berdasarkan kepada pencapaian akademik yang telah dilalui
seluruhnya.
Mencapai cita-cita kerjaya – dengan mendapat jawatan
dalam kerjaya memerlukan satu tahap kelulusan akademik seperti Ijazah Sarjana
Muda, Diploma ataupun Sijil dalam bidang tertentu.
Ianya terbahagi kepada beberapa peringkat yang
mempengaruhi antara satu sama lain.
- Untuk menjadi seorang jurutera contohnya memerlukan langkah dan laluan seperti berikut:
1. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
dari Institusi yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM);
2. Syarat- syarat lain Mendaftar dengan Lembaga
Jurutera Mendapat pengalaman berkerja selama minima 3 tahun
3. Lulus Temuduga Professional Untuk memperolehi
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan memerlukan pengajian di peringkat ijazah
sarjana muda
- Untuk layak mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan perlu:
Kelulusan Program Pra-Universiti
(asasi/matrikulasi) aliran sains/kejuruteraan atau Lepasan Diploma dalam bidang
kejuruteraan dengan keputusan yang baik untuk layak ke program pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Untuk mengikuti program Pra-Universiti aliran sains/kejuruteraan ataupun Diploma dalam bidang kejuruteraan memerlukan:
Kelulusan di peringkat SPM dalam aliran sains atau teknikal.
- Untuk mengambil peperiksaan SPM aliran sains pelajar perlu:
Berada di aliran sains/teknikal (tingkatan 4 dan 5)
Yang mana untuk layak berada di aliran sains/teknikal di tingkatan 4 dan 5 pelajar perlu mendapat keputusan peperiksaan PMR yang baik untuk melayakkan mereka mengikuti pengajian tingkatan 4 dan 5 di aliran sains atau teknikal.
Begitu juga untuk bidang-bidang kerjaya lain yang
memerlukan perancangan yang rapi dari awal. Dari setiap langkah di atas
bolehlah dirumuskan bahawa persediaan seharusnya bermula pada seawal pelajar
berada di tingkatan 3 sebelum memduduki peperiksaan PMR.
Malah untuk lebih
berkesan dengan pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana
pelajar akan dinilai secara berterusan daripada tingkatan 1 untuk mendapatkan
‘keputusan peperiksaan PMR’ yang menggantikan ‘Peperiksaan PMR.
Maka
persediaan sepatutnya juga bermula pada seawal pelajar berada di tingkatan 1
lagi. Perlu disedari bahawa setiap peringkat pembelajaran
malah boleh dikira daripada peringkat rendah sekalipun memainkan peranan
penting di dalam pembentukan kehidupan seseorang.
Penilaian-penilaian yang diadakan pada setiap
peringkat dalam bentuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM amat penting menentukan
laluan seterusnya.
Kegagalan untuk cemerlang di setiap peringkat
tidaklah bermakna berakhir setiap impian tetapi pada peringkata awal mungkin
masih ada peluang kedua, ketiga atau seterusnya.
Namun semakin jauh meninggi tahap penilaian,
pilihan-pilihan yang ada akan menjadi semakin kecil. Lepasan sekolah rendah
dengan keputusan UPSR yang cemerlang mungkin akan mendapat peluang ke sekolah
berasrama penuh yang akan seterusnya mempermudahkan pembelajaran.
Namun tidak semesti keadaan sukar bagi yang kekal
di sekolah harian; Kerana pembelajaran di tingkatan 1, 2 dan 3 tidaklah banyak
perbezaannya.
Namun selepas PMR pilihan akan menjadi lebih ketat
untuk samada melayakkan pelajar ke aliran sains, sastera, perakaunan, teknikal
atau vokasional. Di peringkat ini laluan pelajar hampir muktamad. pelajar
aliran sains mungkin mempunyai kelebihan untuk memilih lebih banyak pilihan
bidang pengajian berbanding pelajar yang berada di dalam aliran sastera.
RSS Feed
Twitter
0 comments:
Post a Comment