Pemilihan
kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan
kerjaya yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup
seseorang. Golongan OKU juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada
pekerjaan sama seperti orang lain bagi memenuhi keperluan dalam
kehidupan mereka. Namun begitu, terdapat pandangan dan sikap prejudis
sesetengah masyarakat berkaitan golongan OKU dan menyebabkan mereka
dilayan seperti golongan kelas kedua atau golongan minoriti.
Kesusahan
bagi mendapatkan kerja lebih tertumpu kepada golongan orang kurang
upaya ini atau juga dikenali dengan istilah orang kelainan upaya. Bagi
mereka faktor kecacatan bukanlah satu penghalang untuk mereka mencari
pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Pada zaman kini, semakin
banyak graduan oku yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi mereka
sukar untuk mencari kerja.
Mengapakah
pekara ini terjadi? Adakah majikan lebih mementingkan graduan yang
sempurna sifat dari segi fizikal . Bagaimana pula dengan golongan yang
mempunyai kekurangan dari segi fizikal dan bukannya ilmu. Golongan OKU
pada era ini atau zaman serba moden ini kebanyakannya sudah celik IT dan
sudah berpendidikan . Tetapi mereka diabaikan dalam sektor pekerjaan.
Mungkin terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan antaranya mungkin dari segi kemudahan dalam sistem pengangkutan. Mereka mungkin susah untuk ke tempat kerja disebabkan faktor ini. Selain itu mungkin juga mereka gagal menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran ruang kerja atau pejabat yang tidak berapa sesuai dengan keadaan fizikal mereka . Seterusnya mungkin menghadapi kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Seperti mana yang telah diketahui, peluang pekerjaan bagi golongan oku adalah amat terhad sekali. Walaupun Dasar 1% jawatan untuk golongan OKU telah dilaksanakan tetapi apakah kesannya terhadap golongan tersebut. Malah, 1% untuk warga oku di sektor kerajaan pun tidak diisi sepenuhnya. malah, ada golongan OKU yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi diberikan pada orang lain.Graduan OKU juga amat sukar untuk mendapat peluang pekerjaan walaupun mereka punyai kelayakan. Inikah yang dikatakan masyarakat penyayang? masyarakat penyayang yang dibentuk oleh acuan manakah ini? Negara kita ini dipenuhi oleh warga asing untuk mencari pekerjaan walhal ada di antara pekerjaan itu dapat dilakukan oleh golongan oku itu dengan lebih baik lagi. Tetapi, ianya diberikan kepada warga asing.
Mungkin juga disebabkan oleh faktor tidak mempunyai pendidikan asas
dalam bidang – bidang tertentu menyebabkan mereka tidak berkeupayaan
dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan .Contohnya dalam bidang kesetiausahaan,
pekara asas dalam bidang tersebut perlu ada kerana jika tiada asas ini
menyukarkan proses pekerjaan Walaupun begitu masih ada pekerjaan yang
tidak memerlukan banyak pengetahuan asas seperti kerja – kerja
kraftangan dan membungkus makanan.
Selain
itu juga, mereka boleh melakukan kerja melalui penggunaan teknologi yang
sedia ada seperti menjadi operator telefon di pejabat – pejabat
kerajaan mahupun swasta. Mereka yang boleh mengendalikan komputer boleh
diberi tugas menaip dan membuat laporan tertentu. Mereka juga boleh
bekerja di rumah dengan mendapatkan tugasan dan arahan melalui e-mel
yang di hantar oleh majikan kepada mereka. Seterusnya mereka boleh
menghantar tugasan tersebut kembali. Cara ini lebih mudah dan tidak
menyusahkan mereka untuk ke tempat kerja.
Seterusnya,
tiada persatuan khas yang dibentuk bagi membantu golongan kurang upaya
ini dalam mendapatkan pekerjaan. Walaupun banyak kita lihat di internet
saluran – saluran yang melaksanakan pengambilan pekerja tetapi bukanlah
untuk golongan OKU. Seterusnya, dalam zaman atau era teknologi
komunikasi ini, maklumat tentang kekosongan jawatan kebanyakannya
dipaparkan dalam internet dan bagi OKU yang tidak begitu arif dalam
dunia siber , mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengakses maklumat tersebut.
Kerajaan
sepatutnya lebih prihatin terhadap golongan ini bukan meminggirkan
golongan ini ke tepi, mereka telah diberi pendidikan jadi wajarlah
mereka dihargai dengan memberikan pekerjaan ataupun bantuan untuk
memulakan peniagaan. Jadi mereka boleh berdikari dan boleh
berjaya dengan pekara yang mereka lakukan. Jadi kerajaan boleh
mengurangkan peruntukan bantuan kepada golongan kurang upaya ini apabila
mereka sudah mempunyai pekerjaan. Ini dapat mengelakan mereka daripada
merasa rendah diri apabila dikatakan golongan yang suka meminta sahaja
tanpa melakukan sebarang kerja.
Namun begitu nilai
murni yang telah ditunjukkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),
Melaka dengan melancarkan skim pekerjaan sukarelawan di anggap memberi
nafas baru kepada golongan OKU di daerah tersebut. Skim yang
diperkenalkan itu mampu mengubah nasib OKU dengan memastikan mereka
memperolehi pendapatan bulanan.Pekara ini patut dicontohi oleh para
majikan lain dalam memberi peluang kepada OKU mencari pekerjaan.
Selain
itu , perkhidmatan penempatan terdapat di setiap negeri bagi membantu
orang-orang yang terlatih mendapatkan pekerjaan sama ada di pasaran
terbuka ataupun di bengkel terlindung bagi mereka yang tidak
berkemampuan bertanding di pasaran terbuka. Antara contoh bengkel
terlindung ialah Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani dan
bengkel-bengkel yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.Maklumat
berkaitan boleh didapatkan daripada JKM.
Secara
kesimpulannya, golongan oku yang berkeupayaan melakukan kerja tidak
perlu di pinggirkan. Mereka perlu diberi peluang dalam mengharungi
suasana kerja pada zaman yang moden ini iaitu dunia tanpa sempadan dalam
era globalisasi. Penggunaan teknologi sedikit sebanyak dapat membantu
ke arah kemajuan sekaligus tidak meminggirkan golongan tertentu.
RSS Feed
Twitter
0 comments:
Post a Comment