KE MANA HALA TUJU PELAJAR-PELAJAR LEPASAN SPM
Berikut adalah sedikit
maklumat mengenai pilihan kerjaya/halatuju selepas SPM, mungkin boleh memberi
sedikit gambaran kepada pelajar lepasan SPM:
Universiti: Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang
bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda
ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum
ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
Kolej Matrikulasi:Selain program Asasi, anda boleh memohon
matrikulasi samada dalam aliran sains (sains ayat & sains fizik),
perakaunan dan kejuruteraan.. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, boleh memohon
UPU lagi mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Anda
boleh mengikuti program setahun yang mana dapat menjimatkan masa untuk
mengikuti program ijazah. Ada juga program matrik 2 tahun, bergantung
kepada keputusan SPM anda.
Luar Negara: Pelajar yang minat dan layak untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negara, boleh berbuat demikian. US, Australia, New
Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan
Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar
Malaysia.
Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan
Latihan: Jangan berputus asa
sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di
politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Di politeknik, anda boleh mohon
sijil atau diploma.
Kolej-kolej: Kolej swasta terlalu banyak sekarang ini. Tapi
kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk
kolej,, pilih kolej yang diiktiraf MQA (dahulunya LAN).Anda boleh juga mohon
medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan
sebab banyak juga peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej
yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia.
Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga
boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak dan berhati-hati.
Tingkatan 6: Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6
sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. STPM juga berharga sebenarnya.
Dengan keputusan yang baik, lepasan STPM boleh terus buat Ijazah pertama.
Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA): SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu
seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.
ALAM: Sesiapa yang berminat untuk
melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah
mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).
Kursus Ketenteraan: Bagi sesiapa yang
berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal
yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini.
Kursus Penerbangan: Mesti ramai yang berminat
dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara,
pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti
juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala
ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.
IPG: Bagi mereka yang berminat
menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kini peluang pekerjaan
masih luas di bidang perguruan dan mudah sedikit naik pangkat berbanding
kebanyakan jabatan lain. Malah kerjaya ini akan memberi kepuasan sekiranya anda
ingin berbakti kepada anak bangsa kelak.
Antara
Program Pra-Universiti (Asasi/Tamhidi/ Matrikulasi) atau Program Diploma
Ramai yang bertanya tentang manakah laluan yang
lebih baik??
- Diploma
ATAU
- · Pra-universiti (asasi/tamhidi/matrikulasi)
Apa yang digambarkan berikut adalah perbandingan
laluan lepasan SPM samada memilih untuk mengikuti program pra-universiti (asasi/tamhidi/matrikulasi)
ataupun mengikuti pengajian diploma untuk seterusnya meneruskan pengajian ke
peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama.
Nota:
Program Pra-universiti
Berdasarkan kepada program 1 tahun; untuk program 2 tahun atau STPM sila tambah 1 tahun lagi tempoh pengajian pra-universiti
Program Ijazah Sarjana Muda
Berdasarkan tempoh 3 tahun selepas pra-universiti.
untuk program 4 atau 5 tahun sila tambahkan tempoh tahun pengajiannnya
RSS Feed
Twitter
0 comments:
Post a Comment