Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim (بسم الله الرحمن الرحيم )
Remaja Contoh
Saat anak-anak remaja sibuk dengan Cerita Pelajaran, Kerjaya dan Cinta
Nun jauh di Turki..anak muda ini berjihad menyumbang bakti untuk agama
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Ahmad
Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial,
video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu
boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan
pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun
meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar
ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar
dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa
kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah.
Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi
kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya.
Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya.
Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu
telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh
para sahabatnya.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada
umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk
menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan
ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah
menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara
Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika
menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana
mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat,
bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad
Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif
dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham
Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden
Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat
nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga
allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah
begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu
universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub
Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Ahmad Ammar Dalam Kenangan ..AlFatihah untuk Almarhum Ammar..Ya Allah tempatkan beliau bersama2 Rasulullah SAW dan sehabat-sahabat Baginda.
RSS Feed
Twitter
08:11
Unknown